Thursday 30 June 2016

Majlis Khatam Al-Quran SK Padang Terap 2016 / 1437H

Majlis Khatam Al-Quran SK Padang Terap telah disempurnakan pada hari Khamis, 30 Jun 2016 bersamaan 25 Ramadhan 1437H. Tahniah dan Terima Kasih kepada Guru Panitia Pendidikan Islam SKPT dan semua guru yang terlibat dalam mengimarahkan bulan ramadhan yang mulia dan penuh barokah, serta menjayakan Majlis Khatam Al-Quran pada tahun ini.

Ramadhan kian berlalu........ Semoga kehadiran bulan ramadhan yang mulia pada tahun ini membukakan lautan rahmat dari Allah swt untuk kita semua... Amin

Ramadhan kian berlalu... 
Semoga amalan kita pada Ramadhan ini lebih baik daripada ramadhan yang lalu... 

Ramadhan kian berlalu... 
Adakah kita masih dikurniakan kudrat dan hayat untuk bertemu pada Ramadhan yang akan datang? Hanya Allah yang tahu... 

Ramadhan kian berlalu...
HambaMu ini berharap ibadat kami kepadaMu tidak terputus.. Ya Allah, terimalah amalan hambaMu yang fakir ini.. Moga kami sempat berjumpa Ramadhan yang akan datang. 

Ramadhan kian berlalu... 
semoga rahmahNya melimpah ke atas kita semua, semoga keampunanNya meliputi kita semua, dan akhirnya moga-moga kita termasuk orang-orang yang dibebaskan daripada siksaan api neraka (wal 'iyazubillah), amin ya rabbal alamin.

Read more...

Sekitar Majlis Menandatangani Rekod Pencapaian Murid

Majlis menandatangani rekod pencapaian murid bagi peperiksaan pertengahan tahun 2016 telah diadakan pada Selasa 28 Jun 2016 lalu. 



Read more...

Sunday 12 June 2016

Program Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak & Bulan Panitia Pendidikan Islam 2016M / 1437H


Aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak 1437H :
1. Majlis Pelancaran (12 Jun 2016)
2. Tadarus Al-Quran
3. Literasi Al-Quran
4. Menghafaz Al-Quran
5. Infak Ramadhan
6. Majlis Khatam Al-Quran (30 Jun 2016)

Read more...

Tuesday 7 June 2016

Bilik Kostum

Bilik Kostum ini siap dibuat pada April 2016 lalu, yang terletak di sebelah Kelas 1 Setia. Bilik Kostum ini disediakan untuk menyimpan segala Jersi Sekolah, Pakain Persembahan, Tshirt, Tirai dan sebagainya. Semua pakain di gantung dan disusun setempat di bilik kostum untuk memudahkan guru-guru mengambil bagi kegunaan pelbagai aktiviti dan pertandingan.

Untuk melihat stok pakaian dalam bilik kostum sila klik ke BILIK KOSTUM

Read more...

Sunday 5 June 2016

Waktu Imsak & Berbuka Puasa bagi Zon 3 Daerah Padang Terap & Sik

Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi, InsyaAllah, semoga kita diberi kesempatan untuk menyambutnya lagi dan semoga dengan kehadiran bulan yang mulia pada tahun ini akan membukakan lautan rahmat dari Allah swt untuk kita semua... Amin

Read more...

Thursday 2 June 2016

Video Sambutan Perayaan Hari Guru SKPT 2016



Video Sambutan Perayaan Hari Guru SKPT 2016 ini telah di muatnaik di Youtube pada 2 Jun 2016.

Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP