Friday 19 August 2016

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2016.

KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG DAERAH PADANG TERAP 2016
Tarikh : 18 Ogos 2016 (Khamis).
Masa : Sampai ke SKPT pukul 11.50 tengahari


Konvoi kenderaan Pacuan 4 roda (4x4) sebanyak 77 buah dan 20 buah motorsikal berkuasa tinggi di sambut meriah oleh seluruh warga SK Padang Terap. Turut terlibat Konvoi Merdeka adalah Pegawai Daerah, Pegawai PPD, Ketua Polis Daerah dan lain-lain ketua Jabatan/Agensi Daerah Padang Terap

Sekitar awal jam 9.00 pagi, Konvoi bergerak dari Dataran Putra Kuala Nerang, melintasi SMKDSA & SKTARP, Kolej MARA Kuala Nerang, SK Bukit Tembaga, SK Tualak, SK Padang Terap dan berakhir di SMK Padang Terap. 

SK Padang Terap adalah hentian ke-6, dimana tuan Pegawai Daerah Padang Terap menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pihak Sekolah/PIBG. Cikgu Nor Azmi mewakili Sekolah melaungkan MERDEKA diatas Pentas (atas kenderaan) yang disediakan oleh pihak konvoi ketika Konvoi tiba di SK Padang Terap.

Semua murid Tahun 1, 2, 3, 4 & 5 SKPT bersama-sama menunggu di hadapan SK Padang Terap sambil mengibarkan Jalur Gemilang serta bersama-sama melaungkan KEMERDEKAAN.



4 comments:

Lieza 19 August 2016 at 16:20  

walaupun muka sunburn,tetap ku kibarkan jua jalur gemilang di tengah hari rembang..ngehhehe

Lieza 19 August 2016 at 16:21  

walaupun muka sunburn,tetap ku kibarkan jua jalur gemilang di tengah hari rembang..ngehhehe

Unknown 23 August 2016 at 21:28  

Last minit teringat nk buat bunga manggar...terkejut tergempaq..jadi juga..berkat kerjasama semua rakan2..
#sehatisejiwa..
disinilahirnyasebuahcinta..

Unknown 23 August 2016 at 21:28  

Last minit teringat nk buat bunga manggar...terkejut tergempaq..jadi juga..berkat kerjasama semua rakan2..
#sehatisejiwa..
disinilahirnyasebuahcinta..



About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP