Sunday 16 October 2016

Brosur SK Padang Terap 2016



Read more...

Tuesday 11 October 2016

Dashboard SK Padang Terap, Gelombang Ke 2 (2016 - 2020)


Read more...

Sunday 9 October 2016

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2016

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2016 telah dijayakan pada 8 Oktober 2016 (Sabtu). Semua Guru dan Staf serta murid tahap 2 terlibat dalam sambutan pada tahun ini. 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah aktiviti senamrobik, Permainan Sukaneka dan Pertandingan Bola Sepak.

Pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah di sempurnakan oleh GPK Kurikulum Pn Amizah bt Ahmad




Skuad B11 SKPT Muncul Johan Bola Sepak Hari Sukan Negara 2016


Read more...

Saturday 1 October 2016

Majlis Persaraan Tuan Guru Besar SKPT, Haji Suhaime bin Yaacob


Majlis Persaraan Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Terap diadakan pada Rabu, 28 September 2016. Tarikh persaraan rasmi beliau adalah pada 3 Januari 2017, tetapi beliau bercuti lebih awal kerana menghabiskan cuti beliau dan majlis dibuat secara tiba-tiba dan agak ringkas. Meskipun beliau tidak mahu sambutan persaraan beliau diadakan, namu pihak Kelab Kebajikan Guru & Staf berusaha mengadakan majlis ringkas ini bagi mengenang jasa beliau. Majlis ini yang turut dihadiri oleh Tuan Timbalan PPD Padang Terap iaitu Abdul Rahman bin Md Zain.

Pihak Sekolah dan PIBG mengucapkan setinggi pernghargaan dan terima kasih di atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Selamat Bersara buat Tuan Haji Suhaime bin Yaacob... Jasamu Dikenang.





Read more...

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-40 SKPT 2016

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-40 Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2016 telah diadakan pada 29 September 2016 (Khamis). Kejohanan bermula agak lambat iaitu pada pkul 10 pagi kerana hujan agak lebat seawal pagi khamis tersebut. Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-40 SKPT 2016 ini disempurnakan oleh En. Anwar (YDP PIBG).


Rumah Merah muncul Johan Keseluruhan, manakala Rumah Kuning muncul naib johan keseluruhan.

Bagi acara perbarisan rumah sukan, Rumah Biru muncul Johan manakala rumah Merah muncul naib johan perbarisan 

Muhamad Azfar bin Abdul Kadir dari Tahun 5 Setia dinobatkan sebagai Olahragawan tahun ini, Manakala Olahragawati disandang oleh Nur Shuhada binti Mohd Zaidi. Bagi Olahrawagan Harapan dimenangi oleh Muhammad Danish Ikhwan bin Abdullah, manakala bagi olahragaati harapan dimanangi oleh Nur Dhuha bt Mohd. Zaidin.
 








Bagi Acara Padang iaitu Acara Lompat Jauh, Lompat Tinggi & Lontar Peluru telah diadakan lebih awal iaitu pada hari Isnin 26 September 2016, manakala acara Sukaneka Prasekolah & Acara Tahun 1 & 2 telah diadakan pada 27 September 2016 (Selasa).

Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP