Saturday 1 October 2016

Majlis Persaraan Tuan Guru Besar SKPT, Haji Suhaime bin Yaacob


Majlis Persaraan Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Terap diadakan pada Rabu, 28 September 2016. Tarikh persaraan rasmi beliau adalah pada 3 Januari 2017, tetapi beliau bercuti lebih awal kerana menghabiskan cuti beliau dan majlis dibuat secara tiba-tiba dan agak ringkas. Meskipun beliau tidak mahu sambutan persaraan beliau diadakan, namu pihak Kelab Kebajikan Guru & Staf berusaha mengadakan majlis ringkas ini bagi mengenang jasa beliau. Majlis ini yang turut dihadiri oleh Tuan Timbalan PPD Padang Terap iaitu Abdul Rahman bin Md Zain.

Pihak Sekolah dan PIBG mengucapkan setinggi pernghargaan dan terima kasih di atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Selamat Bersara buat Tuan Haji Suhaime bin Yaacob... Jasamu Dikenang.





1 comments:

Unknown 1 October 2016 at 21:26  

Selamat bersara Tn. Guru Besar Tn. Hj. Suhaime bin Yaacob...tiada lagi gurau sendamu
yang menceriakan kami warga Skpt..
"Jasamu tetap dikenang hingga akhir hayat"



About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP