Wednesday 31 August 2016

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat UPSR 2016.


Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat UPSR 2016 telah diadakan pada 30 Ogos 2016. Majlis dihadiri oleh semua murid tahun 6, waris tahun 6, serta semua warga SKPT, majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah seterusnya Solat Hajat & Bacaan Yasin.

Terima Kasih kepada semua pihak yang berusaha menjayakan Program ini. Harapan pihak sekolah semoga calon tahun ini dapat mencapai keputusan cemerlang dan meningkatkan pencapain UPSR SKPT 2016.

Read more...

Sambutan Ambang Merdeka SK Padang Terap 2016

Majlis Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Sekolah dan Majlis Penutupan Bulan Bahasa Melayu disambut meriah di SK Padang Terap pada 30 Ogos 2016. Sambutan lebih meriah lagi apabila bulan kemerdekaan 2016 ini disambut bersama Bulan Bahasa Melayu (panitia Bahasa Melayu) dan Bulan Sejarah. 

Pelbagai aktiviti dijayakan dalam memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan 2016 & Bulan Bahasa Melayu. Antaranya Pertandingan yang diadakan adalah Pertandingan Pakaian Merdeka, Basikal Berhias, Kuiz Merdeka, Pertandingan Melukis & Mewarna, Peraduan Silangkata, Pertandingan Deklamasi Sajak. Sambutan kali ini juga turut digamatkan lagi dengan persembahan Deklamasi Sajak oleh Cikgu Suzana, Cikgu Nor Azmi, Cikgu Mohamed Faisal & Pn. Maznah.








Read more...

Thursday 25 August 2016

Kejohanan Smart Kick (Futsal) Prasekolah Daerah Padang Terap 2016

Kejohanan Smart Kick (Futsal) Prasekolah Daerah Padang Terap 2016 diadakan di Dewan Futsal Lubok Merbau pada 24 & 25 Ogos 2016. SKPT muncul Johan Kumpulan D setelah mencatat 3 kemenangan diperingkat kumpulan dan tewas diperingkat Suku Akhir kepada SK Pedu melalui penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tambahan masa.



KEPUTUSAN PERINGKAT KUMPULAN D
SK PADANG TERAP (2) - SK NAMI (0)
SK PADANG TERAP (4) - SK BKT TEMBAGA (0)
SK PADANG TERAP (3) - SK NAKA (0)


KEPUTUSAN PERINGKAT SUKU AKHIR
SK PADANG TERAP (1) vs SK PEDU (1)
SKPT tewas sepakan penalti 1-0

Read more...

Tuesday 23 August 2016

Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun MSSD Padang Terap 2016

Pasukan Bola Sepak SK Padang Terap berjaya melangkan ke peringkat suku akhir Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun MSSD Padang Terap 2016. Pada peringkat suku akhir pasukan SKPT tewas kepada SK Tandop Besar. Tahniah & terima kasih buat semua pemain dan jurulatih atas usaha & perjuangan dalam kejohanan bola sepak kali ini.

Tahniah buat SK Naka kerana muncul Johan Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun MSSD Padang Terap 2016 setelah menewaskan SK Kg Belukar pada perlawanan Akhir. SK Naka dan SK Kg Belukar akan mewakili Daerah Padang Terap ke Kejohanan Bola Sepak Champion Schol Peringkat Negeri Kedah 2016 yang bakal diadakan pada September 2016 ini.


Keputusan Peringkat Kumpulan D
SK Padang Terap 0 - SK Bukit Tembaga 0
SK Padang terap 5 - SK Nami 0
SK Padang Terap 0 - SK Kg. Belukar 3

Suku Akhir
SK Padang Terap 0 - SK Tandop Besar 4


Read more...

Friday 19 August 2016

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2016.

KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG DAERAH PADANG TERAP 2016
Tarikh : 18 Ogos 2016 (Khamis).
Masa : Sampai ke SKPT pukul 11.50 tengahari


Konvoi kenderaan Pacuan 4 roda (4x4) sebanyak 77 buah dan 20 buah motorsikal berkuasa tinggi di sambut meriah oleh seluruh warga SK Padang Terap. Turut terlibat Konvoi Merdeka adalah Pegawai Daerah, Pegawai PPD, Ketua Polis Daerah dan lain-lain ketua Jabatan/Agensi Daerah Padang Terap

Sekitar awal jam 9.00 pagi, Konvoi bergerak dari Dataran Putra Kuala Nerang, melintasi SMKDSA & SKTARP, Kolej MARA Kuala Nerang, SK Bukit Tembaga, SK Tualak, SK Padang Terap dan berakhir di SMK Padang Terap. 

SK Padang Terap adalah hentian ke-6, dimana tuan Pegawai Daerah Padang Terap menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pihak Sekolah/PIBG. Cikgu Nor Azmi mewakili Sekolah melaungkan MERDEKA diatas Pentas (atas kenderaan) yang disediakan oleh pihak konvoi ketika Konvoi tiba di SK Padang Terap.

Semua murid Tahun 1, 2, 3, 4 & 5 SKPT bersama-sama menunggu di hadapan SK Padang Terap sambil mengibarkan Jalur Gemilang serta bersama-sama melaungkan KEMERDEKAAN.



Read more...

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah 2016


Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan & Bulan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Kebangsaan Padang Terap 2016. Majlis Pelancaran di sempurnakan oleh Cikgu Mohamed Faisal Hj Abdullah (GPK Ko-Kurikulum).






Read more...

Monday 8 August 2016

Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB)


Yayasan Sultanah Bahiyah ialah sebuah organisasi amal yang dinamakan bersempena dengan nama pengasas dan penaung Di Raja yang pertama iaitu Almarhumah Tuanku Sultanah Hajjah Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. YSB diperbadankan pada 20 Ogos 1996. Ianya ditadbir oleh sebuah Lembaga Amanah dan kini diterajui oleh YTM Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai pengerusi. Penaung Di Rajanya ialah SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN BADLISHAH. YSB mempunyai dua peranan utama iaitu sebagai agen perubahan di dalam kerja-kerja kemasyarakatan melalui pendidikan, pembangunan komuniti, kesihatan, remaja dan belia serta inisiatif latihan

Keduanya adalah bekerjasama dengan badan bukan kerajaan lain dan juga badan-badan korporat di dalam projek-projek kebajikan. YSB juga menyediakan geran kewangan kepada badan-badan kebajikan di negeri Kedah bagi membantu mereka menjalankan aktiviti mereka. Kesemua program-program ini dijayakan dengan hasil usaha pengumpulan dana sendiri dan juga melalui sumbangan yang diterima daripada pihak awam. Program dan aktiviti YSB merangkumi aspek yang luas dan melibatkan kesemua peringkat umur. Satu keistimewaan yang dinikmati oleh YSB ialah status pengecualian cukai bagi semua kegiatan-kegiatan yang dilaksanakan.



Pengenalan Projek Titian Bistari

Pembelajaran merupakan satu aset yang membolehkan satu golongan mengubah nasib mereka ke arah yang lebih baik. Menginsafi hakikat tersebut, dari tahun 1999 Yayasan Sultanah Bahiyah telah merangka dan melaksanakan satu projek yang dinamakan Projek Titian Bistari (Bridge to Excellence Project) untuk membantu dan meningkatkan tahap keupayaan murid-murid miskin yang berpotensi di kawasan pedalaman di dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris, dan Sains.

Penyelidikan mendapati sekolah-sekolah dari kawasan luar bandar tidak mencapai peratus yang memuaskan di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kelemahan itu adalah berpunca daripada kelemahan di dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Objektif

Membantu murid-murid miskin di kawasan pedalaman di Kedah untuk mendapatkan pelajaran tambahan.
Sebagai persiapan kepada murid-murid tersebut menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Mempertingkatkan peratusan kelulusan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di dalam UPSR.
Bertujuan mengimarahkan masjid-masjid dengan mengadakan kelas-kelas tuisyen di kawasan masjid yang telah dipilih.

Pendekatan

Projek Titian Bistari ini telah dilancarkan pada 20 Mac 1999 dan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sultanah Bahiyah dengan kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri.

Fasa Pertama Projek ini bermula pada bulan April 1999 yang melibatkan 400 orang murid-murid Tahun 4 daripada 10 kawasan pedalaman di Negeri Kedah Darul Aman. Murid-murid ini dibimbing bermula dari Tahun 4 hingga Tahun 6 untuk menghadapi UPSR oleh guru-guru yang terpilih.

Fasa kedua (tahun 2000) melibatkan 800 orang murid dan Fasa Ketiga (tahun 2001) melibatkan 1,200 orang murid. Sehingga kini terdapat 24 buah pusat di negeri Kedah. Disamping mengadakan kelas-kelas tuisyen, YSB juga mengatur pelbagai aktiviti untuk dimanfaatkan oleh murid yang terlibat seperti kem-kem motivasi, lawatan sambil belajar, pembelajaran melalui komputer & perisian, buku-buku latihan serta lain-lain aktiviti yang bersesuaian mengikut keperluan semasa.

Melalui projek ini, YSB membantu dari segi bayaran saguhati kepada guru-guru, membekal peralatan pembelajaran serta menguruskan hal-hal lain bersangkut dengan penyelesaian dan pelaksanaan projek ini.

Terima Kasih YSB

Read more...

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR, PROJEK TITIAN BISTARI YSB 2016

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR
PROJEK TITIAN BISTARI 2016
"Memartabatkan Pendidikan Luar Bandar"

Tarikh : 4 hingga 7 Ogos 2016 
Tempat : Universiti Utara Malaysia (UUM).

Anjuran :
Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB)
dengan kerjasama, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Majlis Penutup & Penyampaian Sijil/Cenderahati telah di sempurnakan oleh Dato' Paduka Haji Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah, Pengelola Bijaya Indera / Ketua Setiasuha Sulit, Pejabat Ke Bawah DYMM Sultan Kedah. Majlis penutup diadakan di Dewan Mu'adzam Shah, Universiti Utara Malaysia.

Seramai 40 orang murid tahun 6 SK Padang Terap terpilih ke program tersebut. Program ini melibatkan 24 buah sekolah seluruh Negeri Kedah yang melibatkan lebih 900 murid sekolah rendah.

SK Padang Terap juga antara sekolah yang terpilih dalam Negeri Kedah untuk terima Skim Tuisyen Projek Titian Bistari YSB, sejak tahun 1999. Projek ini lebih fokus kepada murid yang pencapain sederhana serta latar belakang kelurga yang berpendapatan rendah dalam membantu memartabatkan pendidikan luar bandar. Program Titian Bestari YSB ini melibatkan 3 subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik & Sains. 

Untuk tahun 2016 ini, Seramai 120 murid SK Padang Terap yang terdiri 40 murid tahun 4 & 40 murid tahun 5, serta 40 murid tahun 6, terpilih untuk menerima Skim Tuisyen Projek Titian Bestari YSB yang diadakan sepanjang tahun di SK Padang Terap.




 Suasana Majlis Penutup di dalam Dewan Mu'adzam Shah UUM

Terima Kasih YSB

Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP