Tuesday 31 October 2017

Program Minggu Kaunseling dan Kerjaya SKPT 2017


Program Minggu Kaunseling dan Kerjaya SK Padang Terap 2017 telah diadakan pada 23 hingga 26 Oktober 2017. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPT.

Perjalanan Program Minggu Kaunseling & Kerjaya (23 - 26 Oktober 2017)

Isnin (23 Okt 2017) : 
9.00-11.00 am - Ceramah serta demonstrasi kebakaran & pertolongan cemas kepada semua warga SKPT oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Padang Terap

11.30-1.00 tgh (23 Okt 2017) - Ceramah 'Persediaan Ke Sek Men' kepada murid-murid tahun 6 oleh En Mohd Zaki b Ali, Kaunselor Pelajar SM Sains Pokok Sena.

Selasa (24 Okt 2017) :
9.00-10.30am - ceramah kpd semua murid t6 oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Padang Terap. Pihak AADK turun membuka booth pameran di dewan utk dikunjungi oleh semua warga SKPT

Khamis (26 Okt 2017) :
9.30am-12.00tgh : Ceramah kepada semua murid tahun 4 - tahun 6 oleh Jabatan Penjara Malaysia Pokok Sena.




Read more...

Monday 16 October 2017

Hari Sukan Negara Peringakat SK Padang Terap 2017

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).

Hari Sukan Negara Peringkat SK Padang Terap telah di adakan pada hari sabtu 14 Oktober 2017. Pelancaran disempurnakan oleh tuan Guru Besar SKPT En. Mohamad Rosli bin Abdul Rahman. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Senamrobik, Acara sukaneka bagi tahap 1 & Pertandingan "Fitness Challenge" bagi tahap 2.

 

 



Read more...

Friday 13 October 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2017 SKPT

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2017 SK Padang Terap telah diadakan pada Khamis12 Oktober 2017. Majlis di sempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Zohdi bin Haji Saad, iaitu Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Alor Setar. Yang Berbahagia Dato' juga merupakan bekas murid di SK Padang Terap dan Ayahanda beliau (Haji Saad) juga pernah berkhidmat di SK Padang Terap sebagai Guru Besar sebanyak 2 kali, iaitu kali pertama pada 1 Jan 1954 - 31 Dis 1956, dan kali kedua pada 1 April 1972 - 22 Januari 1973.

Pihak Sekolah berbesar hati atas kesudian Yang Berbahagia Dato' hadir bagi meluangkan masa bersama para guru, waris dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Padang Terap. Pihak Sekolah dan PIBG merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. 



Persembahan Selingan Teletune menarik oleh murid Tahun 6 & Nyanyian oleh murid Tahun 5 Setia yang dibimbing oleh Teacher Norlida.

Senarai penerima Anugerah utama :-
Tokoh Murid : Nur Alya Batrisya bt Annuar
Tokoh Kokurikulum (L) : Muhammad Azfar bin Abdul Kadir
Tokoh Kokurikulum (P) : Nur Aina bt Kharuzaman

Untuk melihat koleksi Gambar-gambar Majlis Anugerah Kecemerlangan SKPT 2018, Sila klik ke

Read more...

Monday 9 October 2017

ZARINA BINTI SALLEH

Nama : Zarina binti Salleh
Tarikh berkhidmat di SKPT :

Read more...

MOHD FAIRUS BIN JUNOH @ ISMAIL


Nama : Mohd Fairus bin Junoh @ Ismail
Tarikh berkhidmat di SKPT : 27 September 2017.

Read more...

Saturday 7 October 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan SKPT 2017 - 12 Oktober 2017 (Khamis)



Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP