Monday 26 February 2018

Permohonan Penempatan Murid Tahun 1 ke Sekolah Rendah Tahun 2019 & 2018

PENDAFTARAN
SECARA ONLINE
mulai 1 MAC 2018 hingga 31 MAC 2018
Sila klik ke  http://public.moe.gov.my

Read more...

Saturday 24 February 2018

Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Padang Terap Kali ke-42 tahun 2018

Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Padang Terap Kali ke-42 tahun 2018 telah diadakan pada 22 Februari 2018 (Khamis). Kejohanan kali ini dirasmikan oleh NYDP PIBG En. Azmi bin Hassan.
Rumah Merah berjaya muncul Johan Keseluruhan bagi edisi 2018 dengan mengumpul 12 pingat emas, 11 perak dan 5 gangsa. 
Keputusan Keseluruhan :-
Johan Keseluruhan : Rumah Merah
Naib Johan Keseluruhan : Rumah Kuning
Johan Merentas Desa : Rumah Kuning
Johan Sukantara : Rumah Merah
Johan Perbarisan : Rumah Hijau
Naib Johan Perbarisan : Rumah Biru
Olahragawan : Mohamad Shahir bin Tajudin (Merah)
Olahragawati : Siti Nur Balqis (Kuning)
Olahragawan Harapan : Mohd Arif bin Mohd Shukri (Merah)
Olahragawti Harapan : Qaseh Damia Mohd Shukri (Merah)

Untuk melihat koleksi gambar Kejohanan Balapan & Padang 2018 sili klik ke 

Read more...

Thursday 22 February 2018

Kejohanan Balapan dan Padang SKPT Kali Ke-42 Tahun 2018


Read more...

Monday 19 February 2018

Program Ziarah Kasih YB Dato' Seri Mahzir Khalid bersama Bikers Guru 1Malaysia di SK Padang Terap (18 Februari 2018)

Program Ziarah Kasih YB Dato' Seri Mahzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia, bersama Bikers Guru 1Malaysia di SK Padang Terap pada 18 Februari 2018. YB Dato' Seri yang juga adalah Ahli Parlimen Padang terap telah menyampaikan sumbangan kepada 50 orang murid-murid miskin & anak-anak yatim dari SK Padang Terap. Turut menerima sumbangan adalah 50 orang pesara guru dan kakitangan serta guru yang sakit di dalam Daerah Padang Terap. Sumbangan kepada Pesara guru & kakitangan ini disampaikan oleh setiap wakil bikers dari seluruh negeri sambil disaksikan oleh YB Menteri Pendidikan.

Kira-kira 200 orang Biker Guru 1Malaysia yang menyertai Konvoi ke utara Malaysia - Thailand terlibat dalam Program Ziarah Kasih di SK Padang Terap.

Tahniah dan terima kasih kepada YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid serta pihak penganjur Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Bikers Guru 1Malaysia, Pejabat Parlimen Padang Terap dan PPD Padang Terap kerana sudi bertandang ke SK Padang Terap bagi mengadakan Program Ziarah Kasih bersama Murid & Guru SK Padang Terap dan Warga Pendidik dalam Daerah Padang Terap serta seluruh Masyaratkat di kawasan Padang Terap

Terima kasih juga buat seluruh warga SK Padang Terap yang sudi melapangkan masa di waktu cuti sekolah bagi bersama-sama menjayakan program Ziarah Kasih YB Dato' Seri Menteri Pendidikan bersama Bikers 1 malaysia ini.

Untuk melihat koleksi gambar Program Kasih ini sila klik ke

Read more...

MOHD ZABIDI BIN KHAMIS


Nama : Mohd Zabidi bin Khamis
Tarikh berkhidmat di SKPT : 1 Februari 2018

Read more...


About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP